Sunday, May 11, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesir sedia terima pelancong perubatan

    SAFAGA, MESIR, 15 MEI – Mesir yang mempunyai pelbagai sumber semula jadi seperti air mata air, air sulfur dan pasir panas, kini menarik kunjungan ramai pelancong yang bukan sahaja melancong untuk memenuhi masa lapang tetapi juga bagi tujuan perubatan.

    Pusat peranginan Laut Merah telah bersiap sedia menerima pelancong perubatan pada April hingga Jun, dan Safaga, sebuah bandar di pesisir pantai tidak terkecuali.

    Menurut Hany El-Nazer, seorang pakar dermatologi, Safaga adalah salah satu pusat perubatan terbesar di dunia untuk menyembuhkan penyakit psoriasis, lapor Xinhua.

    Kemasinan air Safaga adalah 30 peratus lebih tinggi daripada Laut Mediterranean, membantu merawat beberapa penyakit kulit yang tidak dapat diubati, jelas El-Nazer.

    Beliau menyebut bahawa kehadiran terumbu karang dalam air Safaga membantu menyembuhkan psoriasis. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda