KAHERAH, 20 MAC – Syarikat Penghantaran Elektrik Mesir (EETC) menandatangani perjanjian kelmarin dengan Siemens Gamesa Renewable Energy (SGRE) untuk menubuhkan sebuah loji janakuasa angin 500 megawatt (MW) di Teluk Suez, lapor Xinhua.
SGRE akan bertanggungjawab untuk membangunkan, membiayai dan mengendalikan loji janakuasa angin, menurut Kabinet Mesir dalam satu kenyataan.
Menurut Kabinet Mesir, projek itu dijangka memainkan peranan penting dalam meningkatkan bahagian tenaga boleh diperbaharui dan bersih dalam campuran tenaga
Mesir.
Negara itu merancang untuk mencapai 42 peratus tenaga boleh diperbaharui dalam campuran tenaga menjelang 2030 dan 65 peratus menjelang 2040. – Bernama
