Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Mesir tahan dokumen pengkritik kerajaan di luar negara

    MESIR, 14 MAC – Pihak berkuasa Mesir enggan mengeluarkan atau memperbaharui pasport, sijil kelahiran dan dokumen lain untuk lebih daripada dua puluh wartawan, pengkritik dan peguam yang tinggal di luar negara, kata kumpulan hak asasi terkemuka hari ini.

    Kumpulan hak asasi kemanusiaan (HRW) yang berpangkalan di Amerika Syarikt berkata penolakan itu adalah petanda bahawa Mesir meluaskan tindakan tegas terhadap perbezaan pendapat.

    Kumpulan itu berkata ia bercakap dengan 26 rakyat Mesir di luar negara, termasuk penentang, wartawan dan peguam, yang permintaan mereka untuk dokumen penting ditolak oleh pihak berkuasa Mesir.

    Mereka yang terjejas tinggal di Turkiye, Jerman, Malaysia, Qatar dan dua negara di Afrika dan Teluk.

    Sejak berkuasa pada 2014, kerajaan Presiden Abdel Fattah el-Sissi telah menyelia tindakan keras yang meluas terhadap pembangkang, memenjarakan ribuan orang.

    Pihak berkuasa telah menyasarkan bukan sahaja penentang politik Islamis tetapi juga aktivis pro-demokrasi, wartawan dan pengkritik dalam talian yang menyebabkan beribu-ribu telah meninggalkan negara tersebut.

    HRW tidak mendedahkan identiti atau pekerjaan 26 individu terbabit, tetapi berkata kebanyakan mereka tidak mempunyai kes jenayah yang belum selesai terhadap mereka di Mesir.

    Pada 2019, HRW menganggarkan 60,000 tahanan politik dipenjarakan di penjara Mesir, walaupun kerajaan Mesir telah menolak dakwaan itu.

    Jawatankuasa Melindungi Wartawan meletakkan Mesir di tempat ketiga, di belakang China dan Turkiye dalam kedudukan sering menahan wartawan. – AP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...