Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesir tubuh syarikat induk baharu

    KAHERAH, 8 JUN – Kabinet Mesir pada mesyuaratnya meluluskan penubuhan syarikat induk baharu, Terusan Suez untuk mengawal dua syarikat kerajaan milik Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA), menurut Kabinet dalam satu kenyataan, kelmarin.

    Xinhua melaporkan syarikat baharu itu, Suez Canal Holding Company for Industries and Naval Services and Investments, yang akan beribu pejabat di bandar Ismailia, akan tertakluk kepada peruntukan dan peraturan sektor pernia-gaan awam.

    Menurut keputusan itu, syarikat baharu itu akan mengambil alih dua syarikat yang sebelum ini dikendalikan oleh SCA iaitu Syarikat Canal Mooring & Lights dan Port Said Engineering Works & Marine Constructions Company, sebagai anak syarikat.

    Menurut kenyataan itu, syarikat induk berkenaan ditubuhkan untuk meningkatkan aktiviti perindustrian dan komersial berkaitan maritim termasuk berkaitan pembinaan, pembaikan dan ubah suai kapal. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda