Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Messi akan memulakan Piala Dunia Kelab baharu

    MIAMI, 6 DIS – Lionel Messi dan Inter Miami akan memulakan Piala Dunia Kelab FIFA yang baharu dengan perlawanan pembukaan menentang Al Ahly dari Mesir pada 15 Jun, seperti yang diumumkan dalam undian untuk kejohanan tersebut kelmarin.

    Pasukan Brazil, Palmeiras, dan Porto dari Portugal melengkapkan Kumpulan A bersama Messi, yang pasukannya mendapat tempat di kejohanan itu selepas menduduki tangga teratas dalam kedudukan musim biasa MLS.

    Bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona iaitu Neymar dari Brazil, akan bertemu semula dengan saingan La Liga dan juara Eropah, Real Madrid, dalam Kumpulan H.

    Sebanyak 12 pasukan Eropah akan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut, dengan Manchester City berdepan Juventus dalam Kumpulan G, kejohanan yang Presiden FIFA, Gianni Infantino, katakan akan ‘memulakan era baharu dalam bola sepak kelab.’

    Paris Saint-Germain diletakkan dalam kumpulan yang mencabar dengan Atletico Madrid, juara Copa Libertadores Botafogo dari Brazil, dan Seattle Sounders.

    FIFA terpaksa menghadapi sedikit keraguan mengenai keperluan untuk kejohanan itu dan peluangnya untuk menarik perhatian peminat, namun terdapat sokongan yang banyak terhadap dalam kalangan mereka yang hadir semasa undian.

    Pegawai kelab dan bekas pemain berkumpul untuk undian kelmarin, dan Presiden terpilih AS, Donald Trump, menghantar ucapan selamat dalam mesej video sebelum majlis itu, yang berlangsung semasa siaran langsung selama 90 minit dari sebuah studio televisyen di Miami.

    “Acara ini akan menjadi luar biasa,” kata Trump dalam mesejnya yang memuji Infantino sebagai seorang ‘pemenang’. – AFP

    Penyanyi Brazil, Romero Britto, menarik nama Inter Miami CF semasa majlis Undian Piala Dunia Kelab FIFA 2025 yang diadakan di Miami pada 5 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda