Monday, December 23, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Messi bakal terlepas dua perlawanan MLS

    MIAMI, 17 JULAI – Lionel Messi akan terlepas dua perlawanan Inter Miami dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) selepas kecederaan buku lali kanannya, kata jurulatih Miami, Gerardo Martino, kelmarin.

    Bintang Argentina berusia 37 tahun itu terjatuh pada minit ke-64 dalam kemenangan 1-0 ke atas Colombia, terincut-incut ketika keluar padang.

    Messi akan terlepas perlawanan tuan rumah Inter Miami hari ini menentang Toronto FC dan Sabtu menentang Chicago Fire.

    “Akan ada ujian lanjut untuk menentukan tahap kecederaannya,” kata Martino. “Dia perlu menjalani lebih banyak ujian dan menunggu keputusan.”

    Messi, dalam catatan Instagram, berterima kasih atas mesej kebimbangan dan sokongan yang diterimanya selepas perlawanan Ahad lalu.

    Dengan 14 kemenangan dan lima seri daripada 23 perlawanan, Inter Miami menduduki tempat kedua dalam MLS dan Eastern Conference dengan 47 mata, satu mata di belakang Cincinnati, yang menewaskan Miami 6-1 pada 6 Julai lalu.

    Inter Miami bersedia untuk mula mempertahankan kejuaraan piala liga menentang pasukan dalam MLS dan saingan liga Mexico minggu depan. – AFP

    Reaksi Messi pada perlawanan akhir di Miami Gardens, Florida pada 14 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda