Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Messi bantu Argentina benam Uruguay

    MONTEVIDEO, 11 OKT – Lionel Messi membuka jaringan ketika Argentina menewaskan jirannnya, Uruguay 3-0 dalam kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan, semalam.

    Gol daripada Rodrigo De Paul dan Lautaro Martinez melengkapkan malam kemenangan buat skuad kendalian Lionel Scaloni di Buenos Aires.

    Mereka mengekalkan permulaan tanpa kalah dalam kempen kelayakan dan mengurangkan jurang dengan pendahulu kumpulan Amerika Selatan, Brazil kepada enam mata.

    “Kami bermain perlawanan yang hebat, saya rasa prestasi kami semakin meningkat,” kata Messi. “Ia satu perlawanan sukar dan kami berjaya memenanginya.

    “Uruguay nampak mengancam. Sebaik sahaja kami menjaringkan gol pertama kami mulai mencari ruang dan banyak peluang muncul.”

    Lionel Messi (kiri) dan pemain Uruguay Diego Godin berebut bola dalam aksi perlawanan kelayakan Amerika Selatan untuk Piala Dunia Qatar 2022 di stadium Monumental di Buenos Aires pada 10 Oktober. – AFP

    Babak pertama bermula dengan saingan klasik menerusi cubaan kedua-dua pasukan terkena palang sebelum Argentina membuka jaringan.

    Bintang Uruguay, Luis Suarez menyerlah pada awal saingan dan memiliki tiga peluang semuanya menerusi sepakan penjuru ke dalam kotak penalti.

    Dua daripadanya termasuk sepakan voli akrobatik ditepis penjaga gol, Emiliano Martinez manakala cubaan ketiganya melantun berhampiran gawang.

    Bagi Argentina pula, Giovani Lo Celso menyepak dari jarak dekat dan Lautaro Martinez gagal menyambung hantaran lintang De Paul ke sasaran.

    Lo Celso kemudiannya mengatasi penjaga gol, Fernando Muslera tetapi sepakannya terkena tiang dan keluar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda