Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Messi berkahwin hari ini

    ROSARIO, Argentina, 29 Jun – Bintang-bintang bola sepak dan penggiat seni dunia akan berkumpul di utara Argentina esok, untuk menghadiri satu majlis keraian sempena berlangsungnya perkahwinan Lionel Messi dan pilihan hatinya, Antonella Roccuzzo.

    Bintang pop, Shakira dan suaminya yang juga rakan sepasukan Messi, Gerard Pique dijangka antara 260 tetamu yang akan hadir, menurut laporan media tempatan. Mereka akan menyertai pemain lain di kem Barcelona seperti Luis Suarez dan Neymar.

    Pengantin perempuan akan mengenakan persalinan rekaan pereka Sepanyol, Rosa Clara yang diterbangkan khas dari Barcelona.

    Majlis itu akan berlangsung di sebuah hotel di Rosario, bersebelahan kawasan yang terkenal dengan aktiviti pengedaran dadah.

    Messi bersama kekasihnya Antonella Rocuzzo yang akan melangsungkan perkahwinan hari ini.
    Messi bersama kekasihnya Antonella Rocuzzo yang akan melangsungkan perkahwinan hari ini.

    “Perkahwinan Messi akan menzahirkan ketidaksamaan dengan kejiranan di situ,” kata pengarang buku aktiviti pengedaran dadah di Rosario, Carlos del Frade.

    “Kehidupan di Rosario dan nadi bola sepak. Ini satu lagi sebab Lionel untuk berasa selesa mengadakan majlis ini di sini,” kata Datuk Bandar, Monica Fein.

    “Saya rasa dia teruja meraikan perkahwinan ini bersama rakannya dari negara lain yang disifatkan dapat memperkenalkan bandar yang cukup disayanginya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda