Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Messi ceriakan Barca

    MADRID, 22 OGOS – Lionel Messi melonjakkan semangat Barcelona apabila kembali menjalani latihan bersama keseluruhan skuad, semalam selepas tersisih susulan kecederaan betis.

    Messi berlatih bersendirian pada sesi pagi sebelum menyertai rakan sepasukannya di sebelah petang yang sekali gus meningkatkan peluang kapten Barca itu boleh diturunkan ketika perlawanan La Liga menentang Real Betis, Ahad ini.

    Bintang Argentina itu mengalami ketegangan betis pada 5 Ogos lalu yang juga sesi latihan pertamanya sejak pulang dari kempen Copa America sekali gus terlepas aksi pra-musim bersama pasukannya.

    Tetapi ia tetap satu kejutan jika Messi telah disenaraikan dalam kesebelasan utama di Nou Camp dengan jurulatih, Ernesto Valverde jelas teruja untuk membenarkan bintang utamanya itu kembali beraksi selepas kekalahan mengejut 0-1 pasukannya kepada Athletic Bilbao dalam aksi pembukaan La Liga minggu lalu. – AFP

    Messi kembali menjalani latihan bersama keseluruhan skuad Barca, kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda