Saturday, March 29, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Messi dijangka kembali beraksi

    FORT LAUDERDALE, 30 OGOS – Jurulatih Gerardo Martino menjangkakan Lionel Messi akan kembali dalam pasukan utama Inter Miami apabila mereka melayani kunjungan Nashville esok, menyasarkan untuk terus meningkat bagi menempah tiket ke playoff Major League Soccer (MLS).

    Messi dan bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Sergio Busquets kedua-duanya tampil dari bangku simpanan pada babak kedua ketika menang 2-0 ke atas Red Bulls di New York Sabtu lalu. Messi menjaringkan gol menerusi satu gerakan memukau sekalipun hanya beraksi setengah jam.

    Martino menyatakan ketika itu kedua-dua pemain itu perlukan rehat.

    Bintang Argentina, Messi yang tiba dengan sambutan besar-besaran bulan lalu, beraksi lapan perlawanan dalam tempoh sebulan buat Miami dalam laluan mereka menjuarai Piala Liga-Liga dan layak ke separuh akhir Piala Terbuka AS.

    Namun awal pagi tadi, Martino membayangkan mereka sudah cukup rehat.

    Lionel Messi (tengah kanan) berlatih dengan rakan sepasukan di Pusat Latihan Florida Blue di Fort Lauderdale, Florida pada 29 Ogos. – AFP

    “Perlawanan yang diperlukannya, penting buatnya untuk memulihkan diri daripada aksi di New York, begitu juga dengan Busquets,” kata Martino. “Jika tiada sebarang isu, dia patut bermula.”

    Penampilan Messi dari bangku simpanan menandakan minit pertamanya dalam musim tetap MLS dan dia tidak mengecewakan, menyepak masuk gol mudah pada minit ke-89.

    Messi kini menjaringkan 11 gol dalam sembilan penampilan bagi semua pertandingan sejak menyertai Inter Miami, yang kini menghuni tangga ke-13 Eastern Conference, 11 mata di luar tempat ke playoff dengan berbaki 11 perlawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda