Monday, March 31, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Messi harap magis Valverde

    TOKYO, 14 Julai – Bintang penyerang Barcelona, Lionel Messi berharap kehadiran pengendali baru, Ernesto Valverde dapat membantu gergasi Catalan itu menebus kekecewaan yang dialami mereka musim lalu.

    “Setiap kali saya memulakan musim baru, sasaran adalah cukup jelas iaitu Barcelona akan melakukan yang terbaik.

    “Secara peribadi, saya amat gembira dan teruja untuk memulakan musim baru,” katanya yang bersetuju menandatangani kontrak lanjutan tiga tahun di Barca, baru-baru ini.

    Messi dan Barcelona, hari ini meraikan perjanjian penajaan baru bersama syarikat e-dagang Jepun, Rakuten di ibu pejabat syarikat berkenaan di sini.

    “Ia permulaan yang baru. Segala-galanya baru (di bawah Valverde). Banyak yang kami dengar mengenai reputasinya yang amat bagus, jadi kami akan melakukan yang terbaik,” kata Messi.

    (Dari kiri) Lionel Messi, Neymar, Gerard Pique dan Arda Turan bergambar bersama jersi baru Barcelona di satu sidang media di Tokyo. Messi harap kehadiran Valverde dapat tebus kekecewaan mereka musim lepas. – AP
    (Dari kiri) Lionel Messi, Neymar, Gerard Pique dan Arda Turan bergambar bersama jersi baru Barcelona di satu sidang media di Tokyo. Messi harap kehadiran Valverde dapat tebus kekecewaan mereka musim lepas. – AP

    Ketika Messi mengelak untuk mengeluarkan kenyataan berani terutama selepas pencabar utama, Real Madrid mengganas dengan menjulang La Liga dan Liga Juara-Juara musim lalu, rakan sepasukannya Arda Turan pula berbeza.

    “Penting untuk kami memenangi semua gelaran pada tahun ini, kami boleh melakukannya.”

    Sidang media berkenaan turut disertai penyerang Brazil, Neymar dan Gerard Pique serta pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten, Hiroshi Mikitani.

    “Objektif kami mahu sentiasa menang, sama ada saya menjaringkan gol atau tidak. “Kami adalah satu pasukan, ” kata Neymar.

    “Jika saya boleh menjaringkan gol setentunya saya akan gembira, tetapi dengan Pique dan Messi, dan pemain-pemain lain menjaringkan gol juga sangat baik. Selagi pasukan menang saya sangat gembira.”

    Velverde menggantikan Luis Enrique, yang meletak jawatan selepas mengendalikan Bara selama tiga tahun.

    Perjanjian tajaan selama empat tahun Rakuten, bernilai 55 juta euro setahun, akan berakhir pada Jun 2021, dengan pilihan sambungan setahun.

    Gergasi e-dagang itu telah menggantikan Qatar Airways, penaja jersi Barca sejak 2013.

    Rakuten telah menandatangani perjanjian itu bagi meluaskan lagi sayapnya ke luar negara.

    Syarikat itu sudah memiliki pasukan Liga-J, Vissel Kobe dan pasukan bola lisut profesional, Rakuten Golden Eagles. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda