Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Messi ‘hilang’ sesi ujian COVID-19 Barca

    MADRID, 30 OGOS – Satu lagi petanda bahawa masa Lionel Messi bersama Barcelona akan berakhir, pemain itu tidak melaporkan diri untuk ujian koronavirus yang dimestikan untuk seluruh skuad pada hari ini.

    Barcelona berkata Messi adalah satu-satunya pemain yang tidak menjalani ujian di pusat latihan Barcelona. Pasukan itu bakal menyambung semula latihan esok menjelang permulaan musim baharu.

    Kelab itu bertegas mereka tidak akan membuat rundingan mengenai pelepasan awal Messi, dengan presiden Josep Bartomeu akan hanya membuat rundingan dengan pemain jika dia melanjutkan kontraknya lebih dari musim depan.

    Minggu lalu, Messi meluahkan keinginannya untuk meninggalkan kelab, tetapi Barcelona ingin pemain tersebut bermain sehingga tamat kontrak iaitu pada penghujung bulan Jun 2021.

    Kelab turut berkata mereka tidak akan membuat rundingan mengenai kemungkinan perpindahan dengan mana-mana kelab.

    Reaksi peminat yang kecewa setelah mengetahui Messi ingin meninggalkan kelab. Messi dimaklumkan tidak melaporkan diri untuk ujian koronavirus yang dimestikan untuk seluruh skuad pada hari ini sekali gus meningkatkan kemungkinan dia meninggalkan kelab. – AFP

    Messi mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan kelab pada Selasa lalu dengan menghantar faks kepada kelab. Dia ingin mengaktifkan klausa kontraknya bahawa dia dibenarkan untuk meninggalkan kelab pada penghujung musim secara percuma, tetapi kelab menegaskan bahawa klausa itu telah mansuh. Perang undang-undang dijangka akan menentukan keputusan ketika Messi akan berpuas hati dengan musim yang telah dilanjutkan lebih dari tarikh klausa tersebut mansuh disebabkan oleh pandemik koronavirus.

    Pemain Argentina itu dilaporkan berkata dia mahu membuat rundingan bersama kelab, tetapi Barcelona kelmarin berkata ia tidak akan melayan keputusannya untuk meninggalkan kelab.

    Kelab berkata mereka lebih suka Messi menghabiskan kariernya bersama kelab Catalan.

    Terdapat desas-desus awal minggu ini bahawa Messi akan hadir ke sesi ujian pada hari ini untuk mengelak dari melanggar peraturan pasukan sementara mereka membuat perundingan mengenai pemergiannya, tetapi terdapat laporan memberitahu kelab kelmarin bahawa dia tidak berhasrat untuk menghadiri ujian.

    Barcelona akan menyambung semula latihan dengan jurulatih Ronald Koeman akan mengambil alih peranan Quique Setien yang dipecat berikutan keputusan memalukan tewas kepada Bayern Munich 8-2 dalam suku akhir Liga Juara-Juara pada 14 Ogos lalu. Kekalahan tersebut merupakan keputusan yang paling teruk dalam karier Messi dan sejarah kelab, sehingga Barcelona menyeru perubahan ‘besar’ kepada pasukan utama dan penstrukturan ‘meluas’ dalam kelab. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda