MIAMI, 30 MAC – Lionel Messi kembali beraksi untuk Inter Miami selepas diberhentikan kerana kecederaan dan menjaringkan gol hanya dua minit selepas masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dalam kemenangan 2-1 pasukannya ke atas Philadelphia Union kelmarin.
Messi terlepas aksi kelayakan Piala Dunia bersama Argentina baru-baru ini kerana kecederaan otot paha ketika aksi di Atlanta pada 16 Mac.
Pemain sayap Finland, Robert Taylor meletakkan Miami di depan pada minit ke-23 selepas mendapat hantaran Benjamin Cresmaschi hasil gerakan Jordi Alba dari sebelah kiri.
Messi dimasukkan oleh pengendali Miami, Javier Mascherano pada minit ke-55 dan tidak sampai dua minit dia menemui sasaran. Bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona, Luis Suarez membantu jaringan itu.
Philadelphia merapatkan jurang pada minit ke-80 menerusi Daniel Gazdag.
Miami yang belum tewas kini mendahului Eastren Confence dengan empat kemenangan daripada lima perlawanan pertama musim ini. – AFP
