Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Messi ledak dua gol bantu Miami atasi DC United

    MIAMI, 21 SEPT – Bintang bola sepak Lionel Messi meledak dua gol dan mencipta satu lagi jaringan untuk membantu Inter Miami menewaskan DC United 3-2 kelmarin, sekali gus menghidupkan peluang pasukan itu ke pusingan playoff Piala MLS.

    Spekulasi mengenai masa depan Messi kembali diperkatakan minggu ini apabila sumber rapat kelab mendakwa dia hampir memeterai lanjutan kontrak bersama Miami sehingga musim depan. Persembahan terbaharu pemain berusia 38 tahun itu sekali lagi membuktikan mengapa kelab dan saingan Liga Utama Amerika begitu mengharapkan khidmatnya.

    Messi kini merekodkan 22 gol dalam 22 perlawanan musim ini. Dengan tujuh kali menjaringkan dua gol, dia memintas penyerang England, Sam Surridge dari Nashville yang mengumpul 21 gol untuk mendahului senarai penjaring liga.

    Jurulatih Miami, Javier Mascherano menyifatkan aksi Messi sebagai ‘luar biasa’, sambil memuji keupayaannya bukan sahaja menjaringkan gol tetapi juga menggerakkan jentera pasukan.

    “Kemampuannya untuk memikul tanggungjawab ketika pasukan berdepan kesukaran adalah kelebihan besar yang kami miliki dan hari ini kami berjaya memanfaatkannya,” katanya.

    Aksi Messi semasa perlawanan MLS antara Inter Miami CF dan DC United di Stadium Chase di Fort Lauderdale, Florida pada 20 September. – AFP

    Perlawanan berlangsung dalam keadaan hujan di Stadium Chase, Fort Lauderdale, Florida, dengan Miami menguasai permainan menentang lawan yang sudah tersingkir daripada saingan playoff.

    Gol pembukaan hadir pada minit ke-35 apabila Messi melorongkan hantaran tepat kepada Tadeo Allende, yang kemudian menewaskan penjaga gol Luis Barraza dengan penyudah kemas ke penjuru kanan gawang.

    Namun, DC United menyamakan kedudukan pada minit ke-52 menerusi tandukan Christian Benteke.

    Messi kembali meletakkan Miami di depan pada minit ke-66 selepas menerima hantaran Jordi Alba sebelum melakukan kawalan dan menyudahkan sepakan kaki kiri menewaskan Barraza.

    Dua minit kemudian, pemain muda Argentina, Mateo Silvetti yang baru dimasukkan pada minit ke-69 dijatuhkan oleh Barraza dalam kotak penalti. Bagaimanapun, dia gagal menambah jaringan selepas sepakannya terkena palang gol. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    Berita Berkaitan

    Stadium baharu Inter Miami dirasmi 4 April depan

    NEW YORK, 21 NOV – Inter Miami yang diwakili...

    Messi mahu beraksi di Piala Dunia 2026

    MIAMI, 28 OKT – Lionel Messi memasang impian untuk...

    Messi sambung kontrak Inter Miami hingga 2028

    LONDON, 24 OKT - Lionel Messi menandatangani kontrak baharu...

    Hatrik Messi bantu Inter mara ke playoff

    MIAMI, 19 OKT – Lionel Messi sekali lagi mencuri...

    Terkini

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    WASHINGTON, 23 NOV - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada...

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    YANGON, 23 NOV - Tentera Myanmar berkata hari ini,...

    Siklon tropika Fina landa Utara Australia

    SYDNEY, 23 NOV - Penduduk Wilayah Utara Australia mula...