Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Messi, Mbappe bersaing rebut anugerah FIFA

    PARIS, 26 FEB – Sama seperti dalam perlawanan akhir Piala Dunia, rakan sepasukan Paris Saint-Germain, Lionel Messi dan Kylian Mbappe bersaing sesama sendiri bagi memenangi anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA untuk 2022 pada Isnin, manakala pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema antara pencabar utama.

    Majlis itu berlangsung di Paris, dan Messi tampak menjadi pemain pilihan untuk menambah satu lagi anugerah individu ke dalam koleksinya selepas mengetuai Argentina mencipta kejayaan mengatasi skuad disertai Mbappe, Perancis dalam pertemuan epik di Qatar.

    Messi telah memenangi Ballon d’Or sebanyak tujuh kali dan meraih anugerah FIFA yang dimulakan pada 2016 selepas FIFA berpisah dengan penganjur Ballon d’Or, France Football pada 2019.

    Sejak dua tahun lalu, Messi telah berada di podium ketika Robert Lewandowski memenangi gelaran, tetapi kemenangan Piala Dunia yang dimenangi oleh pemain berusia 35 tahun itu adalah detik penentu tahun 2022.

    Pemenang ditentukan oleh juri yang terdiri daripada jurulatih dan kapten setiap pasukan kebangsaan lelaki dan seorang wartawan dari setiap negara, selain peminat juga boleh mengundi.

    Mbappe menjadi pemain pertama yang menjaringkan hatrik di Piala Dunia sejak Geoff Hurst pada 1966 ketika dia mengheret Perancis kepada keputusan seri 3-3 selepas masa tambahan walaupun Messi menjaringkan dua gol sebelum membawa mereka ke penentuan sepakan penalti.

    Mbappe, yang berusia 24 tahun selepas aksi final, adalah penjaring terbanyak kejohanan dengan lapan gol, satu melebihi Messi, yang meraih Bola Emas sebagai pemain terbaik.

    Dia juga pemain terpenting PSG menjelang Piala Dunia, walaupun disertai Messi dan dia adalah penjaring terbanyak Ligue 1 dan pemain terbaik Perancis. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda