Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Messi melepasi 100 gol untuk Argentina

    SANTIAGO DEL ESTERO, ARGENTINA, 29 MAC – Lionel Messi menjaringkan hatrik dan melepasi 100 gol kerjayanya untuk Argentina dengan tiga gol pada separuh masa pertama perlawanan persahabatan antarabangsa semalam menentang Curacao.

    Pemenang Piala Dunia itu menewaskan pasukan Caribbean tersebut 7-0 dalam perlawanan kedua mereka sejak merangkul trofi itu pada Disember.

    Messi yang berusia 35 tahun membuka jaringan menentang Curacao pada minit ke-20 dengan rembatan kaki kanan dari sudut kotak penalti untuk meraih gol pencapaiannya ke-100. Nico Gonzalez menambah lagi tiga minit kemudian dengan tandukan dari jarak dekat.

    Messi kemudian menjaringkan gol ke-101 untuk Argentina pada minit ke-33 dengan rembatan silang ke kanan penjaga gol dan gol ke-102 pada minit ke-37 selepas dia dengan larian mudah mencetak gol. Dua minit sebelum itu dia telah membantu rembatan Enzo Fernandez dari sudut kotak penalti.

    Kapten Argentina itu hanya mengekori dua pemain dalam senarai gol terbanyak yang dijaringkan untuk pasukan kebangsaan dalam perlawanan rasmi; Cristiano Ronaldo dari Portugal, dengan 122 gol, dan Ali Daei dari Iran, dengan 109 gol. – AP

    Lionel Messi meraikan gol semasa perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di Santiago del Estero, Argentina, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda