Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Messi pimpin kemenangan Barca

    EINDHOVEN, Belanda, 29 Nov – Barcelona menewaskan PSV Eindhoven 2-1 awal pagi tadi untuk menamatkan di tangga teratas Kumpulan B Liga Juara-juara mereka dengan berbaki satu pusingan menerusi jaringan dan hantaran gol dari Lionel Messi.

    Messi dan Gerard Pique menjaringkan gol untuk mencatatkan kemenangan pertama La Liga sejak 3 November dalam semua perlawanan.

    Kapten pasukan PSV, Luuk de Jong menjaringkan gol bagi pasukan kendalian Mark van Bommel yang mengungguli pasukan dan belum pernah kalah dalam liga Belanda.

    Pasukan tuan rumah memiliki peluang terbaik pada separuh masa pertama ketika rembatan De Jong mengenai palang dan susulan pemain pertahanan Denzel Dumfries melantun mengenai tiang gol sebelum rehat.

    Messi menguji Jeroen Zoet dengan rembatan melencong tetapi penjaga gol menepis keluar lima minit selepas perlawanan bersambung semula.

    Ketika perlawanan memasuki satu jam Messi mendapatkan bola di garisan tengah, membuat hantaran kepada Ousmane Dembele kemudian menerimanya kembali dari pemain Perancis itu dalam kawasan penalti sebelum menewaskan Zoet di depan gawangnya.

    Dengan perlawanan hanya berbaki 20 minit Messi melakukan sepakan bebas kepada Pique dalam kotak penalti PSV dan dengan mudah menewaskan Zoet.

    De Jong memperbaiki kesilapan awalnya dengan menewaskan Ter Stegen dari jarak enam ela menerusi tandukan.

    PSV terus memburu mata kedua mereka dalam kempen Eropah tetapi Barca yang belum pernah tewas terus bertahan untuk kemenangan itu dan mengungguli kedudukan sebelum menerima kunjungan Tottenham ke Camp Nou dalam tempoh dua minggu. – AFP

    Messi (kanan) mengelecek bola sebelum menjaringkan gol buat Barcelona dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang PSV di Philips Stadium, Belanda. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda