MADRID, 25 FEB – Lionel Messi memintas kedudukan Luis Suarez selaku penjaring terbanyak La Liga kelmarin dengan meledak gol ke-17 dan ke-18 pada musim ini semasa kemenangan 3-0 ke atas Elche.
Barca meneruskan perjuangan selepas dibenam Paris Saint-Germain di Liga Juara-Juara minggu lalu dengan keputusan seri di laman sendiri menentang Cadiz pada Ahad lalu tetapi meredakan tekanan dengan kemenangan selesa di Camp Nou.
Dua gol hasil jaringan Messi disusuli dengan assist hebat dari larian Frenkie de Jong lalu membuat hantaran kepada Martin Braithwaite, yang turut membantu Jordi Alba menjaringkan gol ketiga.
Setelah gagal mengambil kesempatan sepenuhnya dari pendahulu liga, Atletico Madrid yang tewas di tangan Levante pada Sabtu, kemenangan tersebut meletakkan Barcelona kembali menghuni tangga ketiga, lima mata di belakang Atletico, yang bermain lebih satu perlawanan dari pasukan tangga teratas.
Paling penting, kemenangan itu meletakkan pasukan Ronald Koeman kembali ke landasan selepas dua keputusan yang mengecewakan dan memadamkan momentum pada minggu-minggu kebelakangan.
Walaupun Atletico Madrid dilihat terlalu jauh untuk dikejar, persembahan positif sangat penting, terutama dengan peringkat separuh akhir pusingan kedua minggu hadapan menentang Sevilla di Copa del Rey, mungkin satu-satunya peluang terakhir mereka memenangi trofi musim ini.
Kepulangan Messi dalam prestasi terbaik juga akan meningkatkan semangat pasukan. Pemain berusia 33 tahun itu tenggelam selepas aksi hebat Kylian Mbappe minggu lalu namun persembahan seperti ini menunjukkan dia masih belum melepasi zaman kegemilangannya. – AFP
