Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Messi sambung kontrak Inter Miami hingga 2028

    LONDON, 24 OKT – Lionel Messi menandatangani kontrak baharu bersama Inter Miami hingga 2028, umum kelab berkenaan kelmarin.

    Perjanjian terbaharu ini juga bakal menyaksikan Messi kekal bersama kelab apabila mereka berpindah ke stadium baharu, Freedom Park pada 2026.

    Bintang berusia 38 tahun itu pernah mengetuai Argentina menjulang Piala Dunia 2022, lapor PA Media/dpa

    Messi menyertai Inter Miami pada 2023 selepas karier gemilang di Barcelona, yang mana beliau meraih empat trofi Liga Juara-Juara dan 10 kejuaraan LaLiga sepanjang hampir dua dekad itu.

    Pemenang lapan kali Anugerah Ballon d’Or itu dijangka mengetuai Argentina sekali lagi pada Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. – Bernama/PA Media/dpa

    Aksi Lionel Messi meraikan gol dalam satu perlawanan bola sepak di GEODIS Park pada 18 Oktober di Nashville, Tennessee.  Messi sambung kontrak sehingga 2028. – Gambar fail AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda