MADRID, 29 Jan – Barcelona berjaya mengatasi kebimbangan terhadap aksi pertama Philippe Coutinho apabila Lionel Messi menjaringkan gol menerusi sepakan percuma untuk membantu pasukan pendahulu La Liga itu bangkit dari ketinggalan satu gol menewaskan Alaves 2-1 dan kembali dengan kelebihan 11 mata di puncak liga.
Messi mencetak gol sepakan percuma enam minit sebelum tamat perlawanan untuk mengalahkan Alaves, yang kini dua mata dari zon penyingkiran di tangga ke-17 meskipun John Guidetti membuat penyokong di Stadium Camp Nou terdiam dengan jaringan pada minit ke-23.
Luis Suarez berjaya meleburkan kekuatan pertahanan pasukan pelawat dengan sepakan voli hasil hantaran daripada Andres Iniesta, 18 minit sebelum tamat perlawanan dan membuka ruang buat Messi mecetak gol kemenangan.
Jaringan pemain Argentina itu memastikan Barca kekal tanpa kalah di liga berkenaan dan mendahului Atletico Madrid 11 mata biarpun mereka membelasah Las Palmas sebelum itu.
Jurulatih Barca, Ernesto Valverdes berkata beliau gembira dengan Coutinho yang memulakan aksi Piala Raja Sepanyol menentang Valencia di bangku simpanan sebelum membuat penampilan pada separuh masa kedua.

“Pemain bukannya mesin yang dapat menyesuaikan diri dengan cepat, seperti juga sebuah bahagian yang baru,” kata Valverde.
“Dia bermain dengan baik, dia mahu mendapatkan bola. Ia merupakan satu lagi langkah yang besar buatnya. Sebelum ini dia bermain 25 minit, kali ini lebih lama lagi, dia akan menyesuaikan diri sedikit demi sedikit,” tambahnya.
Manakala dalam perlawanan lain, Atletico bermain dengan ketiadaan Diego Costa akibat cedera, terpaksa mengambil masa yang agak lama sehingga pada minit ke-61 untuk membuka jaringan. Antoine Griezmann menyempurnakan hantaran leret cantik Juanfran dari sebelah kanan sebelum menendang bola melepasi penjaga gol Las Palmas, Leandro Chichizola.
Griezmann juga beraksi cemerlang dalam memulakan serangan bagi jaringan Atletico Madrid ke-2. Dia berjaya merampas bola dan memberikan hantaran leret ke arah Angel Correa di tengah padang dan memberi umpanan kepada Fernando Torres yang berjaya melepaskan bola dari pertahanan lawan sebelum membuat tendangan kencah ke gawang memberikan jaringan 2-0.
Manakala, gol ketiga Atletico dijaringkan oleh Thomas Partey yang mengheret bola di depan gawan selepas aksi hebat dari Yannick Carrasco dua minit sebelum tamat perlawanan.
Jaringan mudah Thomas Partey dilakukan selepas usaha hebat dari Yannick Carrasco dua minit sebelum tamat perlawanan menutup tirai aksi separuh masa kedua yang sempurna bagi menewaskan Las Palmas. – AFP