Tuesday, May 21, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Messi tersenarai finalis anugerah MLS

    NEW YORK, 27 OKT – Lionel Messi merupakan salah seorang daripada tiga finalis yang dinamakan kelmarin bagi anugerah Pendatang Baharu Terbaik, Major League Soccer (MLS) walaupun bintang Argentina itu hanya beraksi dalam enam perlawanan liga untuk Inter Miami.

    Penyerang berusia 36 tahun itu, yang memberikan inspirasi kepada Argentina untuk menjulang Piala Dunia di Qatar, telah membantu Miami merangkul kejuaraan Piala Liga dalam kejohanan bersama pasukan MLS dan pasukan liga Mexico pada Ogos.

    Messi hanya bermain perlawanan MLS pertamanya untuk Miami pada 26 Ogos sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dan menjaringkan satu gol dalam kemenangan 2-0 Inter ke atas New York Red Bulls untuk menamatkan rentetan 11 perlawanan tanpa kemenangan.

    Tetapi disebabkan oleh kecederaan kaki menjelang akhir musim, Messi tidak dapat mengangkat Miami dari tangga bawah liga ke dalam pusingan playoff MLS. Sejak menandatangani kontrak dengan Inter Miami pada Julai, Messi telah menjadi penyumbang pendapatan yang besar bagi MLS melalui jualan jersi dan peranannya dalam meningkatkan jualan langganan pas tontonan musim MLS serta penjualan tiket di mana-mana sahaja Miami bermain.

    Saingan Messi untuk anugerah Pendatang Baharu Terbaik, yang ditakrifkan sebagai sesiapa yang mempunyai pengalaman profesional yang membuat penampilan sulung MLS tahun ini ialah penyerang Greece, Giorgos Giakoumakis dari Atlanta United dan pemain tengah Jerman, Eduard Lowen dari St Louis City. – AFP

    Aksi Messi mengawal bola semasa separuh masa pertama perlawanan di Stadium Bank of America pada 21 Oktober di Charlotte, Carolina Utara. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...