Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Messi ungguli senarai atlet punyai koleksi kereta termahal

    Selebriti sukan dan penyerang baharu Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi menjadi bintang sukan yang mempunyai koleksi kereta termahal di dunia, termasuk sebuah Ferrari yang berharga £25 juta (RM143 juta).

    Hasil penyelidikan ManySpins.com terhadap 50 atlet dengan gaji termahal di dunia, berdasarkan senarai individu terkaya 2021 oleh majalah Forbes, Messi mendahului tangga pertama dalam senarai ahli sukan yang mempunyai koleksi kereta termahal. Koleksi Messi kini terdiri daripada 13 buah kereta, dengan nilai keseluruhan £28,169,068 (RM161,877,255) sekaligus mendahului Cristiano Ronaldo yang jatuh pada tangga kedua.

    Penyerang Portugal itu memiliki 19 kenderaan dengan nilai keseluruhan lebih dari £18 juta (RM103 juta), sementara bintang Formula 1 (F1) Lewis Hamilton yang mempunyai sembilan kereta bernilai £12.4 (RM71.26 juta) menduduki tangga ketiga.

    Peninju Saul ‘Canelo’ Alvarez dan rakan sepasukan kelab Messi di PSG, Neymar melengkapkan senarai Top 5 bintang sukan yang mempunyai koleksi kereta termahal. – Agensi

    Salah sebuah kereta koleksi Messi adalah Ferrari yang berharga £25 juta (RM143 juta).  – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda