Thursday, October 24, 2024
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat agung BIBD pada 1 November

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) mengumumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2024 akan diadakan pada 1 November, bermula jam 9:30 pagi di Tarindak D’Seni, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan.

    Menurut kenyataan bank berkenaan, pendaftaran untuk ahli-ahli BIBD akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 9:15 pagi. Hanya ahli-ahli yang berdaftar sehingga tarikh tutup buku pada 21 September layak untuk menghadiri dan mengundi dalam AGM 2024 ini.

    Bagi tujuan pengesahan, semua yang hadir, termasuk ahli, proksi atau wakil yang diberi kuasa, diwajibkan membawa kad pengenalan atau pasport asal mereka.

    Manakala bagi ahli yang berhasrat untuk melantik proksi atau wakil yang diberi kuasa perlu melengkapkan borang pencalonan dan kebenaran proksi berserta salinan kad pengenalan atau pasport mereka serta pihak yang dilantik. Borang yang lengkap mesti diserahkan kepada Pendaftar Saham BIBD, Tricor (B) Sdn Bhd, sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mesyuarat bermula.

    Sehubungan itu, dokumen-dokumen berkaitan AGM 2024 boleh dimuat turun melalui laman web rasmi BIBD dan telah dihantar kepada ahli melalui Aegis Secure Data Solutions Sdn Bhd (ASDS).

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda