Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat Agung ke-70 IAB

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 30 JULAI – Lebih 70 orang ahli Persatuan India Belait (IAB), baru-baru ini, telah berkumpul di Dewan Utama IAB bagi mesyuarat agung tahunan ke-70 persatuan berkenaan.

    Mesyuarat telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh presiden IAB yang kemudian diikuti dengan laporan pengurusan, membutirkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa IAB sepanjang tahun serta kenyataan pendapatan dan perbelanjaan bagi persatuan.

    Semasa persatuan itu, ahli-ahli menanyakan mengenai acara-acara yang dirancang bagi tahun hadapan dan memberikan cadangan untuk mengembangkan jangkauan persatuan di dalam masyarakat.

    IAB ditubuhkan pada 1949 dan sejak itu telah membantu masyarakat Seria-Belait dengan menganjurkan acara-acara sosial, pendidikan, sukan dan amal.

    Antara acara yang telah dianjurkan persatuan berkenaan termasuk Acara Ketahui India , Rumah Terbuka Hari Raya, Hari Yoga, kempen menderma darah dan banyak lagi.

    Persatuan berkenaan juga akan meraikan pencapaian penting dalam sejarahnya apabila bakal menyambut ulang tahun ke-70 tahun ini.

    Ahli-ahli jawatankuasa IAB bergambar ramai pada mesyuarat tersebut. – Gambar oleh IAB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda