Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat Agung PEKIKIK pilih barisan pemimpin baharu

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Persatuan Kikik Negara Brunei Darussalam (PEKIKIK) telah mengadakan Mesyuarat Agung di Bilik Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, hari ini.

    Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Dipertua, Awang Haji Maidin bin Haji Ahmad.

    Dalam ucapan alu-aluan Yang Dipertua, Awang Haji Maidin, menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli yang hadir serta menyampaikan penghargaan kepada ahli-ahli PEKIKIK yang telah menyumbangkan jasa kepada persatuan dan negara melalui penyertaan dalam acara kikik di luar negara.

    Mesyuarat kemudian diteruskan dengan pembentangan laporan aktiviti tahunan oleh Setiausaha Agung, Awang Badarudin bin Haji Murni, diikuti laporan kewangan oleh Bendahari Agung, Awang Haji Tahir bin Jeludin.

    Sesi pengisytiharan pembubaran Ahli Jawatankuasa Tertinggi terdahulu turut disampaikan oleh Awang Haji Maidin, seterusnya melantik Awang Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi sebagai Pengerusi sementara, dan Awang Haji Ismail bin Haji Mohamad sebagai jurutulis mesyuarat.

    Melalui pemilihan yang dijalankan, Ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKIKIK bagi sesi 2025–2027 telah melantik Awang Badarudin bin Haji Murni menjadi Yang Dipertua, , manakala Timbalan Yang Dipertua diserahkan kepada Awang Haji Tahir bin Jeludin, Awang Haji Ismail bin Haji Mohamad menjadi Setiausaha Agung, dan Awang Haji Othman bin Haji Aliassan pula dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung.

    Sementara, Bendahari Agung diserahkan kepada Awang Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi dan Timbalan Bendahari Agung diberikan kepada Awang Firdaud bin Nawi.

    Sementara itu, Jawatankuasa Biasa terdiri daripada Awang Haji Maidin bin Haji Ahmad, Awang Haji Lamudin bin Haji Japar, Awang Haji Ibrahim bin Haji Timbang, Awang Saili bin Metarsad, Awang Haji Yussof bin Haji Mohd Salleh, Mejar (B) Awang Haji Masni bin Md Husain dan Pengiran Shahdani bin Pengiran Anom.

    Mesyuarat Agung berakhir dengan ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua PEKIKIK yang baharu, diikuti bacaan Surah Al-Asr beramai-ramai.

    Mesyuarat Agung PEKIKIK yang diadakan Bilik Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda