Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Mesyuarat bincang inisiatif dan trajektori iCUBE

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Universiti Brunei Darussalam (UBD) selaku Pengerusi dan Sekretariat Konsortium Antarabangsa Universiti-universiti bagi Kajian Biodiversiti dan Alam Sekitar (iCUBE) telah menghoskan Mesyuarat Jawatankuasa Saintifik ke-8 yang diadakan di Bangunan Sains Berintegrasi, UBD pada 15 November lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UBD, di sini, mesyuarat dipengerusikan oleh Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Global), UBD, Dr Joyce Teo Siew Yean dan Ketua Sekretariat iCUBE dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Global, Dr Mohammad Khairul Zarifi Haji Awang Masri selaku pengerusi bersama di mana ia dihadiri oleh penyelidik-penyelidik dari Universiti Monash, Universiti Kebangsaan Singapura dan UBD.

    Agenda utama mesyuarat adalah perbincangan berpandangan ke hadapan mengenai inisiatif dan trajektori iCUBE. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah cadangan bagi penubuhan kumpulan-kumpulan penyelidikan baharu dalam iCUBE dan membayangkan penubuhan Bilik Darjah Global iCUBE bagi Biodiversiti, Alam Sekitar dan Kemampanan.

    Mesyuarat juga meneroka rancangan bagi pertukaran pelajar dan staf, ekspedisi lapangan yang mengasyikkan dan persidangan antarabangsa yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dijadualkan untuk 2024.

    Misi iCUBE adalah untuk menyatupadukan penyelidik-penyelidik dalam usaha kerjasama bermatlamat untuk menangani cabaran-cabaran penting yang berkaitan dengan biodiversiti, alam sekitar dan kemampanan.

    Melalui usaha kerjasama dalam penyelidikan dan pendidikan, konsortium itu berusaha untuk menawarkan penyelesaian inovatif dan pandangan yang menyumbang secara signifikan kepada usaha kemampanan global.

    Dr Joyce Teo Siew Yean (tengah) semasa menghadiri mesyuarat berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...