Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat bincang isu-isu pendidikan serantau

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, telah menghadiri Mesyuarat Komiti Eksekutif SEAMEO 2025, Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN Dalam Pendidikan ke-20 dan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN Plus Three Dalam Pendidikan ke-15 yang diadakan secara berterusan di Bangkok, Thailand pada 20 hingga 22 Ogos.

    Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, Mesyuarat Komiti Eksekutif SEAMEO diadakan setiap tahun dengan menghimpunkan para pegawai kanan SEAMEO dalam membincangkan hala tuju dan usaha keseluruhan Unit SEAMEO, menetapkan arah dan memberikan cadangan-cadangan berkaitan pengurusan Sekretariat SEAMEO serta pembangunan keseluruhan pusat-pusat SEAMEO.

    Mesyuarat tahun ini dipengerusikan oleh Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati dengan menyentuh mengenai laporan pelan kerja Sekretariat SEAMEO, rangka kerja hasil serta cadangan dan laporan projek atau program di bawah SEAMEO.

    Beberapa cadangan telah dipersetujui untuk dibentangkan pada Mesyuarat Pegawai-pegawai Tertinggi SEAMEO ke-48 yang dijadualkan berlangsung November nanti. Selepas Mesyuarat EXCO SEAMEO 2025, delegasi Brunei turut menghadiri kedua-dua mesyuarat berkenaan.

    Mesyuarat tahunan itu diadakan bagi membincangkan isu-isu pendidikan serantau, meneliti kemajuan pelan pendidikan serantau, inisiatif dan aktiviti dalam sektor pendidikan bersama negara-negara anggota ASEAN serta negara-negara Plus Three iaitu China, Korea dan Jepun.

    Mesyuarat itu turut membincangkan dan meneroka kerjasama lanjut dalam bidang pendidikan bersama rakan dialog.

    Semasa mesyuarat tersebut, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati turut mengongsikan mengenai dengan kemajuan serta pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang diterajui oleh Kementerian Pendidikan Brunei di bawah Pelan Kerja Pendidikan ASEAN 202-2025, termasuk SEAMEO VOCTECH dan Akademi Pemimpin dan Guru Brunei Darussalam.

    Turut hadir semasa mesyuarat itu ialah para pegawai dari Kementerian Pendidikan Brunei.

    Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati semasa mempengerusikan mesyuarat. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    Para pegawai kanan bergambar ramai pada mesyuarat yang diadakan di Thailand. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda