Oleh: Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Negara Brunei Darussalam mengutamakan liputan kesihatan sejagat (UHC) sebagai tunjang dasar di dalam perancangan dan pelaksanaan rangka kerja sistem penjagaan kesihatan kebangsaan, untuk pemberian penjagaan kesihatan kebangsaan berkualiti tinggi dan komprehensif yang berkesan, cekap, responsif, berpatutan, saksama serta boleh diakses oleh semua.
Namun begitu, terdapat cabaran-cabaran yang perlu diatasi termasuk sumber tenaga kerja manusia yang mencukupi, penuaan penduduk, peningkatan kos penjagaan kesihatan dan peningkatan bebanan disebabkan penyakit-penyakit tidak berjangkit.


