Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Mesyuarat bincang perkembangan pertahanan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Pertahanan ASEAN (ADSOM) dan ADSOM-Plus telah berlangsung di Kementerian Pertahanan Nasional, Kemboja dua hari bermula kelmarin.

    Kedua-dua mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Penasihat Khas kepada Timbalan Menteri dan Menteri Pertahanan Nasional Kemboja serta Ketua Pengarah di General Department of Policy and Foreign Affairs, Kementerian Pertahanan Nasional Kemboja, Jeneral Nem Sowath, selaku ketua ADSOM dan ADSOM-Plus Kemboja.

    Di mesyuarat berkenaan, Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam diwa-kili oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Strategi) di Kementerian Pertahanan, Haji Adi Ihram bin Dato Paduka Haji Mahmud, selaku wakil ketua ADSOM and ADSOM-Plus Negara Brunei Darussalam.

    Mesyuarat ADSOM antara lain membincangkan laporan-laporan Mesyuarat Ketua Angkatan Pertahanan ASEAN ke-19 dan Mesyuarat Tahunan bagi Rangkaian Institusi Pertahanan dan Keselamatan ASEAN ke-16, di samping perkembangan dan penilaian kerjasama pertahanan ASEAN.

    Ini termasuk inisiatif-inisiatif dari Negara Brunei Darussalam khususnya ASEAN Direct Communications Infrastructure (ADI), ASEAN Defence Interaction Programme (ADIP), Logistics Support Framework (LSF); pertimbangan kertas-kertas konsep dan kertas-kertas perbincangan baharu, dan inisiatif-inisiatif berterusan yang mana Negara Brunei Darusalam membincangkan perkembangan terkini mengenai A Future-Ready ADMM: A Strategy Paper.

    Sementara itu, mesyuarat ADSOM-Plus antara lain membincangkan laporan perkembangan terkini di ASEAN yang disampaikan oleh Sekretariat ASEAN serta laporan perkembangan tujuh bidang kerjasama Kumpulan Kerja Pakar ADMM-Plus yang mana Negara Brunei Darussalam dan Australia adalah pengerusi bersama bagi ADMM-Plus Experts’ Working Group on Military Medicine bagi kitaran 2021 hingga 2024.

    Ketua-ketua ADSOM-Plus juga bertukar pandangan mengenai isu-isu sekuriti dan pertahanan serantau dan antarabangsa.

    Di samping itu, mesyuarat dua hala turut diadakan antara Negara Brunei Darussalam dengan Kemboja, Singapura dan Republik Korea.

    Ketua-ketua ADSOM-Plus turut mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Nasional Kemboja, Tuan Yang Terutama Jeneral Samdech Pichey Sena Tea Banh.

    Haji Adi Ihram selaku wakil ketua ADSOM and ADSOM-Plus Negara Brunei Darussalam menghadiri mesyuarat tersebut di Kemboja. – Gambar serahan Kem. Pertahanan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...