Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mesyuarat bincang perkembangan terkini FABD

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Pengurus-pengurus kelab bola sepak yang bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) buat julung kalinya duduk semeja dengan presiden dan Jawatankuasa Eksekutif FABD untuk membincangkan situasi terkini perkembangan FABD buat kali pertama sejak perlantikan sesi 2024-2028.

    Presiden FABD, Haji Feisal bin Haji Mohd Eusoff, semasa perjumpaan berkenaan meminta sokongan daripada ahli-ahli untuk memperkuat komitmen kepada tadbir urus yang baik serta bertanggungjawab.

    “Kita sama-sama berkerjasama dalam kelangsungan kejayaan perkembangan, pembangunan dan kejayaan bola sepak di Negara Brunei Darussalam,” jelasnya ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Rumah FABD, baru-baru ini.

    Sementara itu, Timbalan Presiden FABD, Haji Mahrub bin Haji Murni, pula menjelaskan kedudukan daripada laporan audit bagi tahun kewangan 2022 dan persiapan untuk proses pengauditan 2023 bagi membolehkan FABD mendapatkan peruntukkan kewangan untuk tahun 2024 dan seterusnya.

    Mesyuarat berkenaan juga adalah sebagai langkah kepada persiapan bagi Kongres Luar Biasa yang dijangka diadakan pada perteng-ahan Februari.

    Di samping itu, perjumpaan berkenaan merupakan langkah positif FABD untuk memberikan ketelusan kepada semua ahlinya dalam pengurusan dan perkembangan semasa bagi persatuan bola sepak utama di negara ini.

    Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pemangku Setiausaha Agung, Ahmad Za’eem bin Omarali, yang juga membukakan panda-ngan dan buah fikiran daripada wakil kelab-kelab yang hadir.

    Haji Feisal semasa perjumpaan yang berlangsung Bilik Mesyuarat, Rumah FABD, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN FABD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...