Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mesyuarat bincang persediaan Hari Kebangsaan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40, Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini.

    Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengiran Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman dan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Turut hadir ke mesyuarat itu ialah Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.

    Mesyuarat berkenaan merupakan kesinambungan daripada mesyuarat pertama jawatankuasa tertinggi yang mengongsikan persediaan sambutan iaitu ketetapan format persembahan padang, ketetapan tempat dan tetamu kehormat majlis bagi majlis-majlis, ketetapan logo dan tema, perbarisan dan ikrar termasuklah persediaan raptai-raptai yang akan dilaksanakan.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam ucapan alu-aluannya antara lain mengongsikan mengenai persiapan-persiapan yang sedang giat dilaksanakan ke arah menjayakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 yang akan diadakan pada 23 Februari 2024.

    Beliau juga menyatakan bahawa dengan berbekalkan semangat patriotisme dan kenegaraan yang tinggi, serta berdasarkan kepada pendekatan senegara, musyawarah dan kesepakatan, kita akan dapat bekerjasama dan berganding bahu dalam memastikan sambutan akan dapat berjalan dengan lancar, teratur, sempurna dan berhemah dari tahun sebelumnya dalam suasana yang penuh kegembiraan, kemeriahan dan keceriaan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah dan YAM Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin semasa menghadiri mesyuarat tersebut di Dewan Digadong, Bangunan KKBS, kelmarin. – GAMBAR OLEH AZLAN OTHMAN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...