Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Mesyuarat bincang persiapan pengurusan haji

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Bagi membincangkan kuota jemaah haji negara bagi musim haji tahun 1445H/2024 Masihi, Mesyuarat Persiapan Pengurusan Haji telah diadakan antara Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), bersama Kementerian Haji dan Umrah, Arab Saudi secara dalam talian di Bilik Wawasan, Tingkat 4, KHEU.

    Mewakili KHEU pada mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Pemangku Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Jeddah, Haji Farhan bin Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Haji Abdul Ghani; Pengarah Urusan Haji KHEU, Haji Abdullah bin Haji Mohamad; Pemangku Penolong Pengarah Urusan Haji KHEU, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali; dan Atase Perhubungan Haji Konsulat Agung Negara Brunei Darussalam di Jeddah, Haji Muhammad Naqib bin Haji Awang.

    Mesyuarat antara lain turut membincangkan pengangkutan dan penginapan di Arafah dan Mina serta peraturan-peraturan dan kehendak-kehendak yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan jemaah haji Negara Brunei Darussalam.

    Hasil daripada mesyuarat tersebut akan disusuli dengan mesyuarat peringkat menteri dijadualkan pada bulan Januari depan di Arab Saudi.

    Haji Mohammad Rosli hadir pada mesyuarat yang diadakan secara dalam talian di Bilik Wawasan, Tingkat 4, KHEU. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...