BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Dewan Pustaka dan Pustaka (DBP) selaku Sekretariat Masjis Sastera Asia Tenggara (Mastera) Brunei Darussalam telah menghadiri Mesyuarat Sekretariat/Musyawarah Mastera 2025 yang berlangsung secara dalam talian melalui aplikasi Zoom, baru-baru ini.
Mesyuarat dipertanggungjawabkan oleh Mastera Brunei Darussalam selaku negara tuan rumah yang dihadiri oleh para perwakilan Negara Anggota Mastera dari Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Pemangku Timbalan Pengarah DBP, Hajah Haireni binti Haji Awang Damit selaku Timbalan Pengerusi Mastera Brunei Darussalam merangkap Ketua Perwakilan Mastera Brunei Darussalam; dan Ketua Bahagian Sastera dan Majalah, Dr Haji Mohd Ali bin Haji Radin, selaku Setiausaha Mastera Brunei Darussalam, pakar-pakar, ahli serta Urus Setia Mastera Brunei Darussalam.
Mesyuarat itu merupakan komitmen serta obligasi negara dalam organisasi serantau bagi menyelaras program dan projek Mastera berdasarkan pelan strategik Mastera.
Di samping itu, ia juga mengukuhkan jalinan kerjasama serantau antara negara anggota melalui Mastera, dalam mendukung hasrat, misi dan visi DBP. Mesyuarat akan membincang, meneliti dan melaksana program atau projek Mastera yang disepakati dalam Keputusan Umum Sidang Mastera sebelumnya.