Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat bincang rancangan kerja ATC

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ASEAN (ATC) telah mengadakan mesyuarat ketiga yang berlangsung pada 15 dan 16 November lalu di Singapura.

    Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis TVET ASEAN 2022-2024 dan Timbalan Setiausaha (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) di Kementerian Pendidikan, Singapura, Chong Yiun Lin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan SEAMEO VOCTECH, mesyuarat dihadiri oleh ahli-ahli ATC dan pemegang kepentingan utama termasuk Majlis Tenaga Kerja Masa Depan ASEAN (AFWC), SEAMEO VOCTECH, RECOTVET, dan Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia (DFAT).

    Mesyuarat dipimpin oleh Sekretariat ASEAN bagi pembentangan laporan tahunan ATC, perbincangan mengenai tindakan susulan daripada Mesyuarat ATC ke-2, dan menangani aktiviti-aktiviti yang dikemukakan dalam Pelan Kerja ATC 2021-2030.

    Manakala itu, Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar dan Timbalan Pengarah Pentadbiran, Pengiran Sufri bin Pengiran Ali hadir untuk mengesahkan komitmen pusat itu untuk majlis berkenaan.

    Ia diteruskan dengan perbincangan rancangan kerja, penglibatan pusat tersebut yang memberikn tumpuan kepada memperkukuh orientasi pasaran buruh melalui penggunaan berkesan maklumat pasaran buruh dan kerjasama institusi, selain meningkatkan kapasiti kakitangan TVET dan mengekalkan ATC sebagai institusi yang berkesan di rantau ini.

    Awang Alias dan Pengiran Sufri serta para jemputan bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SEAMEO VOCTECH
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda