Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MEI – Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79 2025 Peringkat Daerah Brunei dan Muara telah diadakan kelmarin bertempat di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim, bagi membincangkan pembubaran dan cadangan perlantikan jawatankuasa perayaan bagi sambutan perayaan pada tahun ini, sekali gus memaklumkan laporan post mortem acara-acara perayaan 2024 yang berlangsung pada tahun lepas.
Mesyuarat itu antara lain turut membincangkan Format dan Aturcara Majlis Ramah Mesra Sambutan Perayaan 2025 Peringkat Daerah Brunei dan Muara.
Turut hadir, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, timbalan-timbalan pengerusi, ketua-ketua jabatan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan-pertubuhan dan Ahli-ahli Jawatankuasa Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79 2025 Peringkat Daerah Brunei dan Muara.