BRUSSELS, 6 Nov – Menteri-menteri kewangan Kesatuan Eropah (EU) mengadakan mesyuarat tanpa kehadiran Britain di Brussels hari ini untuk menyelesaikan perselisihan mereka mengenai pelan untuk memperbaharui mata wang euro ekoran pengundian Brexit.
Mereka akan bersedia untuk sidang kemuncak pemimpin pada 15 Disember untuk membincangkan cadangan oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron dan ketua Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker.
Seramai 27 menteri EU akan membincangkan tiga isu utama untuk menjadikan mata wang euro lebih seragam dari segi politik dan ekonomi, agar ia lebih tahan terhadap krisis akan datang.
Ia mewujudkan bajet zon euro yang seragam yang boleh digunakan untuk bertindak balas terhadap krisis; meringkaskan peraturan disiplin belanjawan EU; dan akhirnya melengkapkan “kesatuan perbankan” dan menghapus sekatan di antara pemberi pinjaman di seluruh blok.
“Kami akan mendengar pandangan menteri-menteri yang lain” tetapi “mereka tidak akan memberikan keputusan,” kata seorang pegawai kanan EU, mereka hanya akan “menyentuh” isu utama.
Mesyuarat ini termasuk 19 negara kumpulan Euro yang menggunakan mata wang tunggal serta tujuh negara lain yang menandatangani perjanjian fiskal Eropah 2012 ketika krisis hutang zon euro.
Republik Czech, yang belum menandatangani perjanjian tersebut, dan Croatia, yang bukan anggota EU apabila perjanjian ditandatangani, juga akan dijemput menjadi pemerhati dalam usaha untuk membina perpaduan di sebalik rancangan untuk menjadi sebahagian besar impian Eropah.
Salah satu subjek paling rumit adalah meringkaskan peraturan untuk EU dan terutamanya belanjawan zon euro, yang perlu dikawal ketat oleh kerajaan untuk mengelak sekatan daripada Brussels.
Namun sekiranya Eropah bersetuju dengan keperluan untuk melaksanakan pembaharuan, mereka berbelah bahagi tentang bagaimana mencapainya dengan Perancis mengamal dasar yang tidak serius berbanding Jerman.
Persoalan mengenai zon euro mendapat belanjawannya sendiri, idea lama yang baru-baru ini dikemukakan sekali lagi oleh Macron sebagai sebahagian daripada wawasannya untuk Eropah selepas Brexit, juga merumitkan.
Tidak adanya calon rasmi tetapi calon yang disebut-sebut akan menang termasuk Mario Centeno dari Portugal, Peter Kazimir dari Slovakia, Bruno Le Maire dari Perancis atau Pierre Gramegna dari Luxembourg. – AFP