Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat FABD bincang tempat latihan kelab Liga Super

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Kelab bola sepak di negara ini khususnya kelab Liga Super Brunei diseru untuk mencari tempat latihan bebas sebagai sebahagian daripada inisiatif projek One Club One Ground.

    Presiden Persatuan Bolasepak Negara Brunei Darussalam (FABD), Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan menekankan perkara berkenaan semasa mesyuarat Jawatankuasa Pandu FABD di Dewan Teater Rumah FABD semalam.

    Presiden FABD berkata, “Kelab mesti mengenal pasti tempat latihan mereka sendiri dan mengaktifkan minat mereka kepada pemiliknya.”

    Badan induk bola sepak negara akan menyokong dan membantu untuk penyelenggaraan dan kebajikan padang bagi meningkatkan program latihan dan persediaan setiap kelab.

    Beliau menambah, “Kelab tidak seharusnya bergantung sepenuhnya pada lapangan FABD dan melalui projek One Club One Ground ini, ianya sangat bermanfaat untuk pemba-ngunan kelab.”

    Agenda utama mesyuarat itu yang dihadiri oleh para pegawai kanan FABD adalah bagi meneliti peraturan pertandingan untuk musim 2023 yang akan datang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda