Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Mesyuarat G20 bermula

    SRINAGAR, INDIA, 22 MEI – Satu mesyuarat pelancongan G20 bermula hari ini di bawah kawalan keselamatan yang ketat di Kashmir yang ditadbir India, ketika New Delhi berusaha untuk memaparkan imej normal di wilayah yang dilanda keganasan selama beberapa dekad.

    Kedua-dua China dan Pakistan telah mengutuk India kerana mengadakan acara itu di wilayah majoriti Muslim yang dipertikaikan, yang berpecah antara New Delhi dan Islamabad, kedua-duanya menuntut sepenuhnya.

    Selama beberapa dekad, pemberontakan yang menuntut kemerdekaan atau penggabungan dengan Pakistan telah menyaksikan puluhan ribu orang awam, tentera dan pemberontak terbunuh.

    Tetapi India mahu menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh pegawai sebagai ‘kenormalan dan keamanan’ kembali ke wilayah itu selepas New Dehli membatalkan autonomi terhadnya dan mengambil kawalan langsung pada 2019, mengenakan penutupan berpanjangan.

    Kini India mempromosikan pelancongan di rantau ini, dengan pemandangan gunung yang menakjubkan dan papan tanda di lapangan terbang mengisytiharkannya sebagai ‘syurga di bumi’.

    Lebih sejuta warga India melawat tahun lalu, yang menggembirakan perniagaan industri pelancongan tempatan.

    Tetapi perbezaan pendapat telah diharamkan, kebebasan media dikekang dan bantahan awam dihadkan, dalam apa yang dikatakan pengkritik sebagai pengurangan drastik kebebasan awam oleh New Delhi.

    Polis berkata minggu lalu bahawa keselamatan telah dipertingkatkan untuk mengelak sebarang kemungkinan serangan pengganas semasa mesyuarat G20 dan hari ini askar dan kenderaan berperisai dikerahkan di beberapa lokasi di Srinagar. – AFP

    Perwakilan menghadiri mesyuarat pelancongan G20 di Srinagar pada 22 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...