Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Mesyuarat kedua bincang persediaan perayaan Hari Keputeraan ke-78

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Bagi membincangkan laporan persediaan acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 bagi Tahun 2024, mesyuarat kedua jawatankuasa kebangsaan sambutan berkenaan telah diadakan pagi tadi di Dewan Serba guna, Aras 6, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN).

    Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Hadir sama ialah Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin dan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned selaku penasihat jawatan-kuasa kebangsaan sambutan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin dalam ucapan mukadimahnya menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas kurnia titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia terhadap sokongan jawatankuasa kebangsaan bagi pelantikan Yang Di-Pertua Jabatan Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris dan Yang Berhormat Mufti Kerajaan selaku penasihat-penasihat jawatankuasa kebangsaan sambutan.

    Mesyuarat juga turut membincangkan mengenai Upacara Pengibaran dan Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam, Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran, Istiadat Barisan Kehormatan, Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah-daerah, Majlis Khatam Al-Quran 78 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-penuntut Sekolah dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara dan Riadah Berbasikal Keputeraan 2024.

    Turut hadir pada mesyuarat berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, setiausaha tetap, pemangku setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap, pemangku pegawai-pegawai daerah, dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa kebangsaan sambutan tersebut.

    ATAS & BAWAH : Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi mempengerusikan bersama mesyuarat berkenaan. Hadir sama ialah YAM Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin dan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

     

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Banduan bolos tiga pencalonan antarabangsa Anugerah IIFA

    Rizky dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

    Isnin, 24 November 2025

    Berita Berkaitan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Pasukan Dodgeball Brunei sertai ADC

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Lebih 20 kakitangan StanChart Brunei sertai Sukan SC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Lebih 20 kakitangan...

    Kes pecah rumah: Mahkamah kurangkan hukuman penjara

    Oleh Daniel Lim -  BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV -...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...