Friday, February 7, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat kedua jawatankuasa Hari Keputeraan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 Tahun bagi Tahun 2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat West Wing, Bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jalan Menteri Besar, hari ini.

    Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-77.

    Dalam kata alu-aluannya, Yang Berhormat Dato menyatakan pada menjunjung titah Baginda Sultan pada mana Baginda menitahkan bahawa Istiadat Mengadap dan Pengurniaan Bintang-bintang Kebesaran dan Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam akan diadakan pada 15 Julai di Istana Nurul Iman.

    Istiadat berkenaan akan diadakan selepas selesainya Majlis Istiadat Barisan Kehormatan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, manakala Majlis Santap Malam akan diadakan pada 16 Julai bertempat di Istana Nurul Iman.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menyatakan penghargaan atas kerjasama yang erat dan sokongan padu yang telah dan sentiasa diberikan oleh agensi-agensi sama ada dari pihak kerajaan mahupun swasta termasuk penuntut-penuntut sekolah dalam melaksanakan acara-acara yang telah dirancang serta memastikan ia dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

    Mesyuarat turut dihadiri oleh Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Haji Abu Bakar, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, pegawai daerah, pemangku pegawai-pegawai daerah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-77.

    Dalam mesyuarat berkenaan, antara agenda yang dibincangkan termasuk laporan perkembangan persediaan acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-77.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin menyampaikan kata alu-aluannya pada mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat West Wing, Bangunan JPM, kelmarin. Turut hadir ialah YAM Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin.
    ATAS & BAWAH: Antara ahli jawatankuasa kebangsaan yang menghadiri mesyuarat berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda