BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Majlis Mesyuarat Negara (MMN) memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Mesyuarat Kedua dari Musim Permesyuaratan ke-21 MMN untuk bermula pada 4 Ogos bertempat di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis.

