Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat MPK bincang tapak perniagaan di Mentiri

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Mesyuarat Majlis Perundingan Kampung (MPK) Berserumpun Kawasan 4 Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor, Mukim Mentiri, Siri 09/2025 telah diadakan di kediaman Ketua Kampung Kawasan 4, Awang Faidil Rosemady bin Mohamad malam tadi.

    Mesyuarat tersebut membincangkan mengenai perancangan projek jualan Tapak Gerai Berserumpun yang akan diadakan pada hujung minggu. Projek ini dikhususkan kepada warga penduduk Kawasan 4 yang berminat untuk menambah pendapatan dengan berniaga berdekatan dengan pusing keliling Jalan Bukit Bintagur, RPN Kampung Panchor, Mukim Mentiri.

    Sekiranya rancangan mendapat sambutan yang menggalakkan, operasi gerai berkenaan akan diteruskan pada setiap hari serta turut dijadikan gerai sempena bulan Ramadan akan datang.

    Projek jualan itu dijadualkan bermula awal Oktober ini dan akan dikendalikan oleh MPK Berserumpun Kawasan 4 RPN Kampung Panchor, Mukim Mentiri.

    Dalam mesyuarat berkenaan, turut dibincangkan mengenai usaha menambah baik projek Satu Kampung Satu Produk (1K1P) Berserumpun yang dihasratkan dapat memajukan lagi hasil projek warga kampung yang berkemahiran.

    Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Ketua Kampung Kawasan 4 RPN Kampung Panchor, Mukim Mentiri, YM Faidil Rosemady bin Mohamad dan turut dihadiri oleh ahli-ahli MPK bersama Biro Berserumpun Kawasan 4.

    Semua di atas: Antara suasana semasa mesyuarat berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda