Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Mesyuarat MPK Berserumpun Kawasan 4 RPN Kampung Panchor, Mukim Mentiri Siri 11/2025 berlangsung di Restoran Borneo Kopitiam, Kampung Sungai Hanching pagi tadi.
Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Ketua Kampung Kawasan 4 RPN Kampung Panchor, Mukim Mentiri, Faidil Rosemady bin Mohamad dan dihadiri oleh ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) serta ahli Biro Berserumpun Kawasan 4.
Antara agenda yang dibincangkan termasuk usaha membisaikan Projek Gerai Berserumpun, persiapan Sambutan Hari Keluarga Berserumpun, program berbagi rezeki Back to School, serta perancangan Gerai Ramadan Berserumpun.
Mesyuarat bertujuan menyelaras pelaksanaan program komuniti bagi mengukuhkan hubungan sesama penduduk dan memperkasakan aktiviti kemasyarakatan di Kawasan 4.


