Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat pembubaran, pemilihan AJK MPM Kota Batu

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Seramai 45 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Perundingan Mukim (MPM) Kota Batu hadir pada Mesyuarat Pembubaran AJK MPM Kota Batu sesi 2017-2022 dan pemilihan AJK MPM Kota Batu sesi 2022-2027, hari ini.

    Mesyuarat yang berlangsung di Coconut Pulp Cafe, Kampung Sungai Belukut itu antara lain bertujuan untuk membentuk jawatankuasa MPM Kota Batu yang baharu selain mencari barisan kepimpinan yang mampu membantu penghulu mukim untuk menjadi mata, telinga dan lidah kepada kedua pihak bagi mengelinga kebajikan warga mukim.

    Selain memberikan sumbangan idea dan buah fikiran yang bernas kepada penghulu untuk dijadikan tindakan atau perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk kebaikan warga mukim.

    Tatacara pencalonan kali ini dibuat secara dalam talian yang bermula dari 1 Jun hingga 10 Jun dan acara pemilihan dibuat melalui undi dalam kalangan ahli-ahli mesyuarat yang hadir.

    Antara yang hadir pada Mesyuarat Pembubaran Ahli Jawatankuasa MPM Kota Batu sesi 2017-2022 dan pemilihan AJK MPM Kota Batu sesi 2022-2027. – Gambar Serahan MPM Kota Batu
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda