Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat perkukuh kerjasama PPDB, SPF

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Kerjasama antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) terus diperkukuh melalui Mesyuarat Dua Hala PPDB–SPF kali ke-18 yang berlangsung di Ibu Pejabat PPDB, Gadong.

    Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin; dan Timbalan Pesuruhjaya (Dasar) Pasukan Polis Singapura, How Kwang Hwee.

    Antara agenda utama yang dibincangkan ialah peluang memperkukuh kerjasama dalam bidang keselamatan dan kepolisan, termasuk aspek latihan, peningkatan kemahiran serta pertukaran kepakaran antara kedua-dua pasukan. Mesyuarat turut meneliti potensi memperluas kerjasama dalam bidang siasatan jenayah siber dan keupayaan forensik digital, melalui program latihan serta penempatan pegawai PPDB di Singapura bagi tujuan pendedahan dan pembinaan kapasiti.

    Kedua-dua pasukan menegaskan komitmen berterusan untuk memperkukuh hubungan dua hala serta meningkatkan profesionalisme dan keupayaan anggota masing-masing ke arah pasukan yang berdisiplin, berintegriti dan berwibawa dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

    Dato Seri Pahlawan Sulaiman dan How Kwang Hwee bergambar ramai pada mesyuarat tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Suasana semasa Mesyuarat Dua Hala PPDB-SPF kali ke-18. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda