Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat pertama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Mesyuarat pertama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-72 bagi Daerah Brunei dan Muara tahun ini telah diadakan di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, hari ini.

    Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara Awang Misle bin Haji Abdul Karim itu seperti lazimnya membincangkan pembubaran jawatankuasa tadbir tertinggi bagi sambutan tahun lalu dan pelantikan jawatankuasa tadbir tertinggi bagi sambutan perayaan tahun ini, selain menyampaikan laporan post-mortem acara-acara perayaan 2017.

    Awang Misle dalam ucapannya menjelaskan, apa pun corak acara dan acara sampingan yang akan diadakan tahun ini, pengerusi dan jawatankuasa berkenaan diharap mengamalkan sikap berjimat cermat dan bersederhana dalam membelanjakan peruntukan yang disediakan.

    Awang Misle semasa mempengerusikan mesyuarat pertama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-72 tahun.

    “Sementara dalam pengurusan acara yang melibatkan tempat tertentu pula adalah perlu untuk memohon kebenaran penggunaan daripada pihak berkenaan di samping mematuhi peraturan yang berkuat kuasa bagi mengelakkan timbulnya perkara yang tidak diingini dan memastikan semua adalah terkawal,” jelasnya.

    Beliau seterusnya berharap semua ahli akan memberikan kerjasama padu dan memastikan acara yang akan dilaksanakan khususnya semasa keberangkatan Baginda bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk bagi daerah ini dikendalikan dengan sempurna.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda