Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mesyuarat pilih ahli jawatankuasa baharu

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Persatuan Pemilik-pemilik Motosikal Harley Davidson Brunei Chapter (HOGB Chapter) telah mengadakan Mesyuarat Agung (AGM) ke-13, hari ini, yang berlangsung di Dynasty, The Centrepoint Hotel dan dihadiri oleh kira-kira 50 orang ahlinya.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengurus Am Harley-Davidson Brunei, Pengiran Musa bin Pengiran Haji Mohd Jaafar. Semasa mesyuarat tersebut, ahli-ahli persatuan telah bersepakat untuk memilih Awang Abdul Malek bin Hamdani sebagai pengarah untuk menerajui persatuan tersebut bagi sesi 2019-2021.

    Manakala itu, Awangku Redzaidi bin Pengiran Haji Ahmad yang merupakan pegawai aktiviti bagi sesi 2017-2019 telah dipilih untuk menjadi penolong pengarah.

    Pengiran Jefri bin Pengiran Haji Damit yang merupakan salah seorang ahli aktif pula dipilih sebagai setiausaha agung dan Awang Mohd Al-Ameen bin Haji Sabli sebagai bendahari agung.

    Sementara itu, sembilan lagi ahli jawatankuasa kerja pula akan dipilih oleh empat ahli jawatankuasa tertinggi berkenaan dan akan diumumkan kemudian. Terdahulu pada mesyuarat tersebut, Mantan Pengarah HOGB Chapter, Pengiran Shahminan bin Pengiran Haji Mohd Salleh berharap agar semua komiti mempunyai sifat berdedikasi, bekerjasama, komited dan paling penting ikhlas dalam melakukan semua perkara.

    Antara yang hadir pada mesyuarat tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda