KUALA LUMPUR, 31 Julai – Met Galleria, ruang komersial berkelas tinggi, bakal menjadi tarikan terbaharu kepada pembangunan KL Metropolis Naza TTDI Sdn Bhd.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasinya Datuk Idzham Mohd Hashim berkata ruang kedai setinggi dua tingkat itu yang bernilai RM160 juta, akan menjadi pilihan utama kepada peruncit.
“Met Galleria menyasar menyediakan keperluan kepada 350,000 penduduk di kawasan sekitar serta pemilik pembangunan kediaman yang akan datang (dalam KL Metropolis), pengunjung Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia dan pekerja daripada pejabat berdekatan,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan Met Galleria kepada pemegang kepentingan hari ini. – Bernama