Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Meta bakal lancarkan akademi metaverse di Perancis

    PARIS, 12 JUN – Syarikat induk Facebook, Meta dan firma latihan digital Perancis akan melancarkan akademi metaverse di Perancis bagi tahun akademik baharu, menurut kedua-dua buah organisasi itu kelmarin.

    Dilihat sebagai pembangunan teknologi hebat Internet pada masa hadapan, metaverse merujuk kepada konsep dunia digital yang interaktif dan seakan nyata yang bertujuan bagi mencipta semula kehidupan sebenar melalui dimensi realiti tambahan atau maya serta membawa laman sesawang daripada 2D kepada 3D.

    Matlamat akademi tersebut pada tahun pertamanya adalah bagi melatih secara percuma kira-kira 100 orang pelajar dalam dua peranan iaitu sebagai pakar atau pembantu pembangun teknologi digital serta sebagai pembantu juruteknik, beritahu naib presiden Meta bagi Eropah selatan, Laurent Solly kepada AFP.

    Kaedah pengajaran akan dibuat secara bersemuka dan berkisar pada projek latihan, dengan tumpuan pada dunia 3D dan interaksi dalam alam maya, kata pengasas bersama dan pengarah Simplon, Frederic Bardeau.

    Akademi metaverse yang terletak di ibu kota Paris dan bandar-bandar lain termasuk Lyon, Marseille dan Nice itu akan melatih seramai 20 orang pelajar bagi setiap bandar pada setiap tahun. Perhatian khusus akan diberikan kepada kepelbagaian. Solly berkata akademi akan menyasarkan 30 peratus pelajar wanita untuk kohort pertama, manakala Bardeau berkata beliau tidak akan melihat CV pemohon dan tidak akan menyokong sebarang diskriminasi negatif.

    Pada Oktober 2021, Meta berkata ia berhasrat untuk mewujudkan sebanyak 10,000 pekerjaan di Eropah dalam masa lima tahun bagi membina metaverse. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...