Thursday, October 24, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meta berdepan lebih banyak saman di Jepun

    OSAKA, 23 OKT – Pemilik Facebook dan Instagram, Meta Platforms Inc., bakal berdepan lebih banyak saman baharu di Jepun berhubung iklan penipuan yang menggunakan sokongan palsu daripada selebriti terkenal, menurut peguam yang mewakili plaintif.

    Menurut agensi berita Kyodo, kira-kira 30 plaintif menuntut sekurang-kurangnya 300 juta yen (AS$2 juta) daripada gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) dan cawangan Jepunnya, dengan mendakwa bahawa mereka gagal mengambil langkah sewajarnya untuk menghalang penipuan itu.

    Tuntutan ganti rugi akan difailkan di lima mahkamah daerah di seluruh Jepun, termasuk Saitama, Chiba dan Osaka.

    Antara selebriti yang namanya disalahgunakan dalam iklan palsu itu ialah usahawan Jepun, Yusaku Maezawa, pengasas peruncit fesyen dalam talian Zozo Inc., yang pernah mengembara ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada 2021 dengan kapal angkasa Rusia. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda